Ads
David Da Silva Rangkul Kasut Emas Di Indonesia
Asia Tenggara
Persib Bandung

Bekas penyerang import Terengganu FC, David da Silva ceria bukan saja kerana membantu kelabnya, Persib Bandung muncul juara Liga 1 Indonesia musim 2023/24.

Advertisements

Malah, penyerang Brazil berusia 34 tahun itu dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas musim ini selepas menyumbat 30 gol dalam 34 perlawanan.

Advertisements

Da Silva menambah gol ke-30 dalam liga apabila membantu Pangeran Biru menewaskan Madura United 3-1 dalam aksi kedua final Championship Series Liga 1 semalam.

Advertisements
Advertisements

Kejayaan ini sekaligus menebus kehampaannya selepas gagal meraih gelaran tersebut pada musim lepas.

Musim 2022/23 menyaksikan da Silva menyumbat 24 gol untuk Persib. Malangnya, hajat bekas penyerang Persebaya itu meraih Kasut Emas musim berkenaan disekat rakan senegara, Matheus Pato.

Advertisements

Pato yang ketika itu beraksi untuk Borneo FC muncul penjaring terbanyak liga dengan 25 gol. Rekod itu juga mendorong kelab Chinese Super League (CSL), SD Taishan mendapatkan khidmatnya pada akhir musim berkenaan.

Da Silva bukan satu-satunya wakil Persib yang menerima penghargaan atas pencapaian yang dilakar dalam liga sepanjang musim 2023/24.

Jurulatih Pangeran Biru dari Croatia, Bojan Hodak turut dipilih sebagai jurulatih terbaik Liga 1 Indonesia musim 2023/24.

Advertisements

Bekas jurulatih KL City FC itu dipilih selepas membimbing Persib bergelar juara liga buat kali pertama sejak musim 2014.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram