David De Gea Tinggalkan Manchester United

David de Gea Manchester United 1 David De Gea Tinggalkan Manchester United
Manchester United
Hakim Johari @HakimJohari4
10:20pm 08/07/2023

Penjaga gol kelahiran Sepanyol, David De Gea akhirnya meninggalkan Manchester United setelah 12 tahun bersama kelab tersebut. Menurut Fabrizio Romano, Manchester United kini mahukan Andre Onana selaku penjaga gol utama bagi saingan musim hadapan.

De Gea yang menyertai Manchester United pada tahun 2011 telah merekodkan 664 penampilan secara keseluruhan bersama kelab dan turut pernah memenangi Liga Perdana Inggeris pada tahun 2013 dibawah bimbingan Sir Alex Ferguson.

Pernah beraksi dibawah 6 pengurus berbeza sepanjang 12 tahun bersama Manchester United, De Gea pernah menjulang Piala Europa 2016-2017, Piala FA 2016, Piala Carabao 2017 dan 2023 dan Kejuaraan Perisai Komuniti 2012, 2014 dan 2017.

De Gea merekodkan 223 cleansheet dan dibolosi sebanyak 740 gol dalam 664 penampilan beliau.

“Saya berasa bangga setiap kali menyarung jersi ini, Manchester United adalah kelab terbesar di dunia. Manchester United akan selalu berada di hati saya.” ujar De Gea menurut Fabrizio Romano.

Kini, penjaga gol berusia 32 tahun itu akan bergelar pemain bebas dan dikhabarkan sebuah kelab Turki berminat untuk menanda tangani beliau.

Manchester United kini hampir memuktamadkan perpindahan Onana dan Ten Hag mahukan Onana menyertai jelajah pra musim kelab di USA.