Advertising
Debaran Aksi JDT & Kawasaki Frontale Makin Hampir
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal melayan Kawasaki Frontale untuk aksi pertama Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada 19 September ini, debaran untuk aksi berkenaan makin dirasai penyokong Harimau Selatan.

Justeru, pengurusan kelab mengumumkan pemegang pas bermusim JDT akan diberi keutamaan untuk membeli tiket ACL.

Ad

Keutamaan diberi untuk semua tiga aksi tempat sendiri ACL sebelum kelebihan ini ditutup tiga hari sebelum hari perlawanan.

Ad

Ini bagi membolehkan orang awam mendapatkan tiket perlawanan ACL JDT. Dan bagi mengelak isu pembelian tiket berlebihan, pemegang pas bermusim Harimau Selatan hanya dibenarkan membeli dua keping tiket sahaja.

Semua langkah ini dilihat bakal memeriahkan lagi suasana hari perlawanan apabila dua pasukan itu bersemuka pada 19 September ini.

Ad

JDT melihat perlawanan ini sebagai perlawanan balas dendam selepas dibelasah 5-0 oleh lawan sama dalam aksi kumpulan ACL musim lepas.

Ad