Debut Hadi Fayyadh Tapi Padang ‘Lain Macam’ Liga Jepun Curi Tumpuan
Dunia
J League Intl
Advertisements

Penyerang muda negara, Hadi Fayyadh sudah pun mengesahkan kehadirannya dalam saingan Liga Jepun apabila berjaya memperoleh debutnya pada malam semalam.

Pemain berusia 22 tahun itu kini dipinjamkan ke pasukan divisyen 3 Jepun iaitu FC Azul Claro Numazu untuk mendapatkan semula tahap kecergasan terbaiknya selain kembali mendapatkan minit permainan di sana.

Beliau kini menjadi pemain pertama yang beraksi dalam saingan Liga J3 selepas keputusan barisan kejurulatihan untuk meletakkannya buat kali pertama dalam senarai pemain simpanan pasukan.

Advertisements

Fayyadh masuk pada minit ke-84 untuk menggantikan rakan sepasukan di bahagian jentera serangan dalam usaha menggandakan kedudukan.

Kerja kerasnya berhasil apabila tekanan yang diberikan terhadap barisan pertahanan lawan memaksa kesilapan dilakukan sebelum bola menerjah gawang sendiri.

Walau bagaimanapun, tumpuan terarah kepada keadaan padang yang dilihat agak tidak sesuai dengan permukaannya yang compang-camping sedikit merencatkan permainannya.

Advertisements

Para penyokong juga mula untuk membandingkan kualiti padang di sana sambil menyifatkan permukaan padang di sini adalah lebih baik.

‘Padang Liga Super lagi cantik kalau macam ini.’ -Kata Haikal.

Bukan itu sahaja, para peminat turut merasakan bahawa padang juga memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu Fayyadh memperoleh rentaknya semula.

Advertisements

Dalam perlawanan ini, Azul Claro Numazu turun berdepan lawannya iaitu Vanraure Hachinohe bagi perlawanan ke-4 saingan J3 League terpaksa berhempas-pulas sebelum mencatatkan kemenangan 2-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram