Dunia
Adek Berry
Advertisements

Menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan B Piala Suzuki AFF 2021 pada 19 Disember ini, tumpuan pastinya terarah pada aksi Malaysia menentang Indonesia yang turut digelar ‘derbi nusantara’. Perlawanan ini juga bakal menjadi aksi penentu pasukan manakah yang akan melayakkan diri ke separuh akhir sekali gus menghangatkan lagi pertemuan dua buah negara ini.

Indonesia kini mengumpul 7 mata berkongsi mata dengan Vietnam manakala Malaysia pula dengan 6 mata. Ini menjadikan pasukan mana yang menang pada perlawanan tersebut bakal melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Vietnam pula akan menentang Kemboja pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.

mal Derbi Nusantara Mendekat, Perang Psikologi Kini Bermula
Aksi Malaysia menentang Indonesia dalam derbi nusantara yang lalu

Seperti kebiasaan, pertemuan Malaysia menentang Indonesia pastinya akan mencipta kehangatan yang tersendiri. Kemeriahan dan sokongan padu para penyokong negara masing-masing di media sosial sebelum perlawanan menjelma pastinya sedikit sebanyak mencipta momentum yang tersendiri agar kedua-dua pasukan memberikan aksi yang terbaik kelak.

Advertisements

Malah perang psikologi sebelum perlawanan sudahpun bermula apabila isu kuarantin terhadap pemain Indonesia, Elkan Baggott menarik perhatian para penyokong Indonesia. Pemain berusia 19 tahun tersebut diarahkan untuk menjalani kuarantin apabila pesawat yang dinaikinya mempunyai seorang penumpang yang disahkan positif Covid-19 varian Omicron.

Namun penyokong Indonesia mula mempersoalkan kelibat Safawi Rasid yang tidak perlu dikuarantin walaupun berada sebilik dengan Akhyar Rashid yang disahkan positif Covid-19 tempoh hari menurut Harian Metro. Malah ada yang menuduh Malaysia mendapat layanan ‘istimewa’ daripada pihak penganjur.

Namun dalam satu ciapan penulis A, Ainur Rohman, beliau memaklumkan bahawa isu kuarantin Elkan Baggott dan Safawi Rasid berbeza adalah disebabkan varian Omicron. Perkara tersebut menyebabkan Elakn Baggott wajib dikuarantin dan terlepas perlawanan menentang Vietnam. Manakala Akhyar Rashid yang dijangkiti Covid-19 pula bukanlah jenis varian Omicron.

Advertisements
Safawi Rasid dan Elkan Baggott

Walaupun berbaki lagi 3 hari menjelang derbi nusantara, kemeriahan sudah mula terasa apabila perang psikologi dilihat mula dilancarkan oleh para penyokong Indonesia. Malah dalam satu temu bual bersama Tan Cheng Hoe, jurulatih terbabit sudah menjangkakan akan berlaku andaian atau provokasi dari media seberang.

Peluang 50-50 buat kedua-dua pasukan dalam melayakkan diri ke peringkat separuh akhir kelak. Aksi derbi nusantara antara Malaysia menentang Indonesia bakal berlangsung pada 19 Disember ini (Ahad) pada jam 8.30 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram