Desas-Desus Kepulangan Ghaddar Ke Kelantan Hanya Khabar Angin
Transfer
ms.wikipedia.org
Advertisements

Desas desus yang mengatakan bahawa bekas penyerang Lebanon, Mohammad Ghaddar bakal sertai pasukan Kelantan adalah khabar angin sahaja. Perkara ini telah sahkan oleh pemilik TRW, Norizam Tukiman apabila beliau telah menulis ciapannya di laman Facebook hari ini.

Nurizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menyatakan bahawa selagi tiada pengumuman rasmi dari pihak TRW Kelantan atau beliau sendiri, perkara tersebut adalah palsu.

“Selagi tiada pengumuman rasmi dari TRW Kelantan atau saya sendiri, maka pemain import atau tempatan yang dikaitkan adalah tidak rasmi,” kata Zamsaham.

Advertisements

Tambah Zamsaham, beliau akui terkejut dengan berita yang mengatakan bahawa beliau akan membawa masuk Ghaddar bagi saingan musim hadapan. Beliau tidak menyangka bahawa khabar angin ini akan mendapat perhatian ramai.

“Saya pun pelik banyak betul khabar angin hingga dikatakan saya nak bawa balik Ghaddar, pemain Lubnan yang pernah bermain dengan Kelantan sebelum ini dan sebagainya… sedangkan saya sendiri tak tahu.

Untuk rekod, Mohamad Ghadar pernah beraksi bersama Kelantan pada tahun 2012,2014.2017 dan 2018. Kali terakhir beliau beraksi di Malaysia adalah pada tahun 2019 bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (II).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram