Advertisements
“Di JDT Tiada Istilah Pemain Gantian” – Hector Bidoglio
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menegaskan bahawa di dalam pasukan kendaliannya tiada istilah pemain gantian.

Pengendali dari Argentina itu menyatakan sedemikian selepas memberikan komen mengenai pertukaran pemain yang dilakukan apabila mengeluarkan Jorge Obregon dan membawa masuk Bergson da Silva pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) menentang Ulsan HD pada Selasa.

Bidoglio menganggap kesemua pemain yang ada di dalam pasukan adalah sama dan tiada istilah pemain gantian.

“Hari ini (menentang Ulsan HD), JDT menunjukkan kerja yang bagus, potensi mereka dan bermain dengan baik sepanjang perlawanan. Jadi saya sangat gembira.

“Saya tidak ada pemain gantian. Di dalam pasukan (JDT) semua pemain adalah sama. Pemain-pemain kami sangat bermotivasi untuk bermain demi boss (Tunku Ismail Idris, Pemangku Sultan Johor).

Boss kami sangat hebat kerana setiap masa beliau akan cari masa yang sesuai untuk beri motivasi kepada pemain dan staf. Saya gembira di kelab ini,” jelas Bidoglio seperti yang dikongsikan Astro Arena.

Pada aksi menentang Ulsan HD, JDT menampilkan aksi memukau apabila mudah menundukkan jaguh Korea Selatan itu dengan keputusan 3-0. Jaringan-jaringan JDT dihasilkan oleh Arif Aiman, Oscar Arribas dan Bergson da Silva.