“Di Mana Anda Ketika Berusia 39 Tahun” Hati Netizen Tersentuh Rasai Aura Jep Sepahtu & Khairil Azwa
Hiburan
LensaFizie & Khairil Azwa
Advertisements

Ungkapan dari pengulas bola sepak tempatan, Wan Khairil Azwa telah meraih perhatian ramai dalam kalangan netizen di Malaysia.

Ini selepas video pendek yang memaparkan lakonan Jep Sepahtu ditambah dengan suara latar dari Wan Khairil Azwa telah menyentuh hati ramai pihak.

Lakonan itu sebenarnya terinspirasi dari sedutan video episod duka kekalahan pasukan Liga Super, Kelantan FC di Stadium Kota Bharu serta momen manis jaringan pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi yang tular di platform media sosial.

Advertisements

“Hujan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras. Seperti merasai kekalahan 1-3 yang sedang ditangguh Super Lawak FC.”

“Dimana anda ketika anda berusia 39 tahun.”

Ada dalam kalangan netizen yang tersentuh hatinya dan ada juga yang terhibur dengan reaksi spontan Jep Sepahtu. Jep yang sememangnya terkenal dengan sisi seorang penghibur berjaya memainkan watak tersebut dengan cukup baik dengan iringan suara daripada Khairil Azwa.

Advertisements

Dalam aksi persahabatan antara Super Lawak FC dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Stadium Cheras tersebut, Super Lawak FC berjaya mencatat kemenangan.

Menerusi tinjauan MakanBola di platform Tiktok, video tersebut hampir mencecah 50 ribu tontonan sementara di laman Instagram pula, video tersebut telah mencecah sekitar 590 ribu tontonan dengan 21 ribu tanda kesukaan.

Pelbagai respon telah ditinggalkan netizen di ruangan komen dan pastinya video itu tular hasil gandingan mantap lakonan Jep dan suara emas Khairil Azwa yang menaikkan lagi seri dan aura dalam video tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram