Advertising
“Dia Bercakap Benar” – Tunku Ismail
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengakui apa yang dikatakan oleh pemilik Buriram United.

Baru-baru ini, Newin Chidchob menzahirkan pandangan peribadinya berkenaan kualiti Liga Malaysia dan Thailand yang dianggap tidak setanding.

Ad

“Kita boleh beraksi menentang satu sama lain lagi. Tak ada peluang mereka (JDT) terlepas selepas ini. Saya boleh katakan bahawa kualiti di Liga Malaysia tidak sama dengan Thailand secara jujurnya.

Ad

“Sungguhpun JDT telah mendapatkan ramai pemain import, ia bukanlah sesuatu yang merisaukan saya,” katanya kepada Ball Thai Stand.

Baginda dalam satu kenyataan bersetuju bahawa kualiti Liga Thailand lebih baik berbanding Malaysia atas beberapa faktor.

Ad

“Dia bercakap benar. Liga Thailand lebih kuat dan lebih baik. Intensitinya lebih tinggi dan infrastruktur bola sepak jauh lebih baik terutamanya padang,” ujar Baginda dalam satu kenyataan balas.

Ad

Baru-baru ini, JDT dan Buriram United bertemu pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) dengan perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0.

Ad

Kemas kini laman Opta Analyst menyaksikan JDT menghuni tangga ke-10 Asia manakala Buriram United berada pada kedudukan ke-42 ketika ini.