Ads
Dihubungi Pihak Selangor FC, Nur Syuhada Tekad Tidak Menyokong Di Stadium MBPJ Lagi
Piala FA
Nur Syuhada

Seorang peminat wanita Selangor FC bernama Nur Syuhada bertekad untuk tidak memberi sokongan kepada pasukan itu di Stadium MBPJ lagi.

Advertisements

Tindakan ini dibuat selepas dia ditahan marshal keselamatan atas permintaan seorang pekerja kelab di stadium berkenaan kerana mengambil gambar pemain-pemain Selangor.

Advertisements

Insiden ini dilaporkan berlaku semasa aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024 antara Merah Kuning dengan Negeri Sembilan FC.

Advertisements
Advertisements

Syuhada mendakwa disebabkan tindakan individu berkenaan, dia bukan saja ditahan. Malah, dia merasakan dirinya dimalukan di khalayak ramai kerana tindakan penahanan tersebut.

“Rasanya semua kenal saya dengan Syuhada Peminat Selangor FC walaupun saya pergi mana-mana perlawanan, tak kira perlawanan pasukan lain dan aksi Malaysia. FAM dan MFL pun rasanya sudah kenal Nur Syuhada sebab di mana-mana pun saya ada.

Advertisements

“Adakah seorang peminat bola sepak bernama Nur Syuhada seorang penjenayah yang perlu ditahan dan di mata-mata bila di dalam stadium?

“Saya sangat-sangat kecewa dengan Encik A yang telah memalukan saya. Bukan setakat di Stadium MBPJ, Stadium Darul Aman pun saya kena walaupun saya ada tiket akses penuh dari KDA FC (Kedah Darul Aman FC).

“Tapi saya diamkan saja ikutkan apa dia nak. Sebab malas nak bising-bising. Saya datang stadium seorang pun ramai yang ambil pusing.

“Kalau macam inilah layanan yang saya dapat dari Selangor FC (beberapa individu), saya sangat-sangat kecewa dan sedih kerana pengorbanan selama ini dengan menyokong pasukan kesayangan saya, tidak dipedulikan bahkan memalukan saya lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Susulan itu, pengurusan Selangor telah berhubung dengan Syuhada dengan tujuan menjernihkan kembali keadaan yang berlaku.

Meskipun menghargai usaha pengurusan Merah Kuning, dia enggan memanjangkan lagi isu tersebut. Sebaliknya, dia akan terus menyokong Selangor dari jauh dan mengucapkan selamat berjaya buat pasukan Lembah Klang itu.

“Dan akhir sekali, jangan risau, saya tidak akan menyokong Selangor FC di Stadium MBPJ lagi. Semoga maju jaya untuk Selangor FC dan peminat-peminat SFC,” tambahnya dalam hantaran terbaru di Facebook hari ini.

Advertisements

Selangor layak ke pusingan suku akhir Piala FA 2024 apabila membelasah Negeri Sembilan 4-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram