fbpx

Diniz Irwan Jaringkan 1 Goal Di Jerman

1,202 views

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas pelatih akademi bola sepak JDT, Diniz Irwan yang kini beraksi di Liga Jerman menjaringkan 1 gol buat FC Eddersheim II ketika pasukannya tewas 2-4 kepada SV Rot-Weiss Hadamar II dalam saingan Gruppenliga semalam.

Diniz masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-65 menggantikan Niklas Zörb-Stach ketika pasukannya ketinggalan 0-4 dibelakang.

Ini merupakan gol pertama beliau bersama FC Eddersheim II. Sebelum ini beliau lebih banyak beraksi bersama FC Eddersheim III di saingan Kreisliga B dengan mencatatkan 6 gol dalam 4 penampilan.

Sebelum ini Diniz pernah berlatih di Cardiff City dan England dan perkembangannya di Jerman mendapat maklum balas positif bekas jurulatihnya, Alex Kuschman.

Sebelum ini, Diniz mendapat pendedahan awal di Akademi Bola Sepak Tunas Lagenda dari tahun 2012-2016, sebelum dipilih untuk mewakili Bukit Kapar FC yang bermain di Selangor Champions League.

Dapatkan notifikasi pantas di Telegram

Berita, rangkuman perlawanan dan temuramah terus ke telefon bimbit anda.
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram