Ads
Dion Cools Galas Tugas Besar Arif Aiman
Asia
FA Malaysia

Kapten pasukan Malaysia, Dion Cools menggalas peranan berbeza dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 ketika Malaysia berdepan Kyrgyzstan di Stadium Spartak Kyrgyzstan hari ini. 

Advertisements

Dion Cools diberi kepercayaan oleh pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon untuk beraksi di posisi sayap kanan. Dion Cools bersama Paulo Josue dan Akhyar Rashid menjadi taruhan skuad Malaysia di bahagian serangan.  

Advertisements

Posisi sayap kanan itu sebelum ini telas digalas oleh pemain muda negara, Arif Aiman. Namun disebabkan kecederaan yang dialami Arif Aiman, pemain berusia 22 tahun itu terpaksa disisihkan kem kebangsaan. 

Advertisements
Advertisements

Beraksi sebagai pemain sayap, Dion Cools beberapa kali telah melepasi kawalan pertahanan lawan dan berjaya melakukakan hantaran ke kawasan penalti lawan. Beliau beraksi dengan cukup baik apabila membantu Malaysia mengatur beberapa siri serangan.

Dion turut menjadi watak penting pasukan ketika jaringan pertama terhasil. Sepakan percuma pada minit ke-38 permainan yang diambil Endrick telah dimanfaatkan Dion untuk memberi tekanan kepada pertahanan lawan sekaligus memaksa pihak lawan membuat kesilapan.

Advertisements

Untuk rekod, selain sering diturunkan sebagai pertahanan tengah, pemain kelahiran Sarawak ini ketika bersama kelabnya iaitu Buriram United beberapa kali diturunkan sebagai pertahanan kanan. Potensi yang dimiliki Dion untuk beraksi di kawasan menyerang berjaya menambat hati Kim Pan-gon hari ini.

Advertisements

Keputusan semasa, Malaysia dan Kyrgyzstan seri dengan keputusan 1-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram