Dion Cools Julang Treble Bersama Buriram United
Asia Tenggara
Buriram United
Advertisements

Pertahanan tengah Malaysia, Dion Cools menjulang trofi ketiganya di Thailand apabila membantu pasukannya iaitu Buriram United menewaskan Bangkok United.

Aksi final Piala FA itu menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

Beraksi selaku pertahanan tengah, bekas bintang Club Brugge ini tidak berdepan sebarang masalah untuk mengekang asakan lawan apabila kekal tenang sepanjang perlawanan.

Advertisements

Buriram membuka akaun jaringan menerusi ledakan penyerang berbisa, Jonathan Bolingi sebelum beliau sekali lagi menerjah jaring pada babak pertama untuk memastikankedudukan 2-0 memihak kepada mereka.

Bersambung babak kedua, anak didik Masatada Ishii meneruskan rentak permainan terbaik sungguhpun dipaksa lebih banyak bertahan namun keputusan kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan Cools menjulang trofi ketiga selepas merangkul gelaran juara Thai League 1 dan juga Thai League Cup sebelum ini.

Advertisements

Beliau juga beraksi hampir 20 perlawanan sepanjang menyertai Buriram United sejak Januari lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram