Dion Cools Kembali Ke Belgium, Perkuat SV Zulte Waregem

dion cools 9 Dion Cools Kembali Ke Belgium, Perkuat SV Zulte Waregem
esseveeofficial

Pasukan gergasi Liga Belgium, SV Zulte Waregem sah mengikat pemain kacukan skuad Harimau Malaya, Dion Cools secara pinjaman sehingga akhir musim. Kehadiran cools akan memperkuatkan jentera serangan mahupun pertahanan pasukan.

Pemain berusia 25 tahun ini kini masih lagi bersama kelab FC Midtjylland yang berpangkalan di Denmark. Beliau berjaya membuat penampilan sebanyak 38 perlawanan serta satu jaringan gol.

Expand player

Sebelum ini, pemain pertahanan sayap kanan itu membuat penampilan sulung bersama Club Brugge pada 2015 dalam Liga Pro Jupiler sehingga tahun 2020. kemudiannya, berhijrah ke liga Denmark sertai FC Midtjylland.

Menurut satu kenyataan daripada Dion Cools, beliau tahu kemampuannya sebagai pertahanan versi moden dimana keupayaan untuk menyerang dan bertahan perlu ada dalam seorang pemain pertahanan pada era kini.

Tambah Dion, beliau meanggap kelab ini sebagai batu loncatan untuk beliau kembali beraksi cemerlang bersama pasukannya di pentas Eropah. Beliau berkeinginan untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan tersebut.

“Saya melihat diri saya sebagai bek kanan moden yang suka membantu pasukan dalam pertahanan dan serangan,” kata Dion Cools.

“Essevee adalah kelab kontemporari dan mesra yang, walaupun keputusan yang kurang pada bulan lalu, sentiasa berusaha untuk mencapai cita-cita yang sihat dan berharap saya boleh menjadi sebahagian daripada itu.”

Untuk rekod, kelab SV Zulte Waregem merupakan juara dua kali bagi Piala Belgium. Namun, kini berada di kedudukan tiga tercorot dalam saingan Liga Jupiler Belgium Divisiyen 1. Kehadiran Dion Cools sedikit sebanyak dapat membantu pasukan tersebut untuk bersaing dalam liga.