Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Johan Cools tetap mempamerkan rasa cinta dan semangat juangnya untuk membantu Harimau Malaya sungguhpun kehadiran beliau tetap tidak mampu mengekang kemaraan Indonesia ke separuh akhir mengiringi pasukan Vietnam.
Pemain berusia 25 tahun ini hanya sempat diturunkan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan setelah hanya mendapat pelepasan setelah selesai tugasan bersama pasukannya. Sungguhpun begitu, kehadiran Cools nyata tidak mampu untuk membawa pasukan negara melangkah lebih jauh dalam saingan kali ini.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram rasminya, pemain pasukan FC Mitdjylland ini mempamerkan rasa terharu dan dan menyatakan bahawa ia satu penghormatan untuk mewakili Malaysia.
’Ia masih satu penghormatan yang besar.’
’Kami belajar sesuatu sebagai sebuah pasukan dan kami akan bangkit semula bersama.’
Bukan itu sahaja, ia pastinya memberi tamparan yang hebat susulan persembahan yang kurang memberangsangkan sungguhpun pasukan kendalian Tan Cheng Hoe menang dua perlawanan pembukaan menentang Laos dan Kemboja.
Namun begitu, kekalahan dua perlawanan terakhir bertemu pasukan Vietnam dan juga Indonesia sememangnya menunjukkan kelemahan pasukan dalam pelbagai aspek sekaligus memberi tamparan yang hebat yang menyaksikan cabaran pasukan negara terhenti di peringkat kumpulan.
Dengan kecederaan pada saat akhir beberapa pemain utama termasuklah pelbagai ujian semasa kejohanan telah merencatkan perjalanan pasukan namun beliau tetap percaya dengan kemampuan Malaysia untuk terus maju pada kejohanan akan datang.