Dion Cools Mahu Ke Korea Atau Jepun
Asia Tenggara
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan tengah Malaysia, Dion Cools menyimpan hasrat untuk berkenala di Liga Korea atau Jepun suatu hari nanti.

Pemain berusia 27 tahun itu memjadi watak penting pasukan kendalian Kim Pan-gon dan berjaya membawa pasukan negara untuk meraih satu mata pada peringkat kumpulan.

Spekulasi mengenai masa depannya mula menjadi perbualan hangat selepas namanya dikesan berada dalam video pengenalan Fernando Forestieri baru-baru ini.

Advertisements

Hal ini sekaligus menyebabkan penyokong membuat andaian bahawa Cools bakal membawa haluan ke Liga Malaysia tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Cools memberitahu bahawa fokus utamanya adalah kekal bersama Buriram United ketika ini.

“Saya sering memberitahu isteri saya bahawa saya suka berada di Asia tetapi dalam fikiran saya, saya masih mahu menerokai budaya baharu.”

Advertisements

“Saya menyimpan hasrat untuk mungkin beraksi di Korea atau Jepun suatu hari nanti,” ujarnya kepada Astro Arena.

Beliau juga memaklumkan bahawa pulang ke Malaysia tidak berada dalam perancangannya ketika ini.

“Saya tidak fikir untuk pulang ke Malaysia ketika ini, ia tidak mustahil tetapi ketika ini saya masih komited bersama Buriram United.”

Advertisements

Cools melengkapkan perpindahan ke Thailand pada bulan Januari tahun lalu dan berjaya membantu pasukan untuk menjulang treble.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram