Hasrat melihat kelibat pertahanan negara, Dion Cools pulang beraksi di Malaysia berjaya direalisasi seawal Disember ini.
Pemain berusia 28 tahun itu memasuki musim keduanya beraksi di Thailand bersama Buriram United dan menjadi tunjang utama di sana.
Kapten Harimau Malaya itu juga menjadi sandaran utama ketika skuad kendalian Osmar Loss beraksi dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) musim ini.
Beliau telah beraksi dalam kesemua perlawanan pada peringkat Asia dan memiliki purata penilaian setinggi 6.98 susulan aksi cemerlang menentang Vissel Kobe dan Central Coast Mariners.
Cools bakal pulang ke Malaysia dan beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi keenam ACLE di Stadium Sultan Ibrahim.
Bekas pemain Club Brugge itu juga beraksi secara konsisten dalam 11 aksi Liga Thailand selain merekodkan satu jaringan.
Skuad kendalian Hector Bidoglio kini merakamkan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan manakala Buriram United merekodkan keputusan sama.
Aksi antara JDT vs Buriram United bakal berlangsung pada 3 Disember 2024 di SSI pada jam 8 malam.