Advertising
“Menarik Untuk Siapa? JDT Lawan Pasukan Dibarisi 14 Pemain” – Natxo Insa
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa keputusan pengadil yang diterima pasukan itu dalam aksi menentang Shandong Taishan.

Aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) itu menyaksikan Harimau Selatan tewas 1-0 kepada juara Chinese Super League (CSL) musim 2021 itu. Pemain tengah Brazil, Zeca muncul wira dengan menyumbat gol kemenangan.

Ad

Aksi tersebut turut menyaksikan 10 pemain dilayangkan kad kuning oleh pengadil Australia, Alireza Faghani. Ini termasuk tiga kad kuning yang diterima Iker Undabarrena, Juan Muniz dan Insa pada separuh masa pertama.

Ad

JDT juga hampa apabila Faghani tidak memberi sepakan penalti kepada pasukan itu pada separuh masa pertama. Keputusan itu dibuat meskipun penjaga gol Taishan Dui, Wang Dalei dilihat menjatuhkan Arif Aiman Hanapi dalam kotak penalti.

Insa mengakui kurang berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil dalam aksi berkenaan. Pada masa sama, pemain tengah berusia 38 tahun itu melihat JDT melupakan aksi menentang Shandong dan fokus kepada aksi seterusnya.

Ad

“Menarik untuk siapa? Adakah (aksi) menarik itu untuk penyokong, pengadil atau kita, untuk siapa?  Ya, macam saya katakan, jawapannya tetap sama.

Ad

“Mereka (Shandong Taishan) beraksi dengan 14 pemain. Jika anda perasan tentang pengadil, daripada 10 pemain, tiga atau empat orang pemain dilayangkan kad kuning (pada 30 minit awal permainan). Itu bukan sesuatu yang normal tetapi perlawanan sudah berakhir,” katanya.

Ad

Kekalahan ini menyaksikan JDT jatuh ke tangga kelima Liga Timur ACLE dengan tujuh mata. Meskipun begitu, JDT tetap di hadapan Shandong kerana memiliki kelebihan jaringan.

Selepas ini, Harimau Selatan mengalihkan fokus kepada aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia menentang KL Rovers FC pada 30 November.