Dion Cools ‘Punca’ Zulte Waregem Masih Bernyawa
Dunia
Essevee
Advertisements

Sungguhpun nasib pemain pertahanan pasukan Harimau Malaya, Dion Cools dan juga pasukan pinjamannya, Zulte Waregem di hujung tanduk selepas prestasi yang kurang memberangsangkan dalam saingan liga musim ini, namun beliau kekal menjadi watak penting dalam kemenjadian pasukan.

Pasukan yang beraksi di liga utama Belgium itu kini berada pada kedudukan yang sangat tercabar apabila berada pada kedudukan ke-16 daripada 18 pasukan yang bertanding.

Bukan itu sahaja, Zulte Waregem hanya berjaya mencatat 2 kemenangan daripada 5 perlawanan terakhir sekaligus menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati pada kedudukan tersebut.

Advertisements

Kehadiran Cools secara pinjaman ke kelab tersebut memberi impak yang cukup besar kepada pasukan kendalian T. Simons apabila diberi peranan utama dalam percaturannya.

Pemain kelahiran Sarawak, Malaysia ini turun dalam 10 perlawanan dan kesemuanya dalam kesebelasan utama pasukan dengan memainkan peranan yang cukup besar.

Bukan itu sahaja, beliau telah berjaya merekodkan satu bantuan gol sepanjang berada di sana.

Advertisements

Khidmat bekas bintang muda Club Brugge ini terus digunakan sungguhpun baru sahaja pulang setelah selesai tugasan bersama Harimau Malaya baru-baru ini.

Malah, kehadiran beliau yang mampu untuk beraksi di pelbagai posisi telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pasukan untuk memantapkan lagi barisan pertahanan.

Pemain berusia 26 tahun itu juga telah menjadi nadi yang membantu pasukan untuk terus kekal bersaing pada musim hadapan.

Advertisements

Kini, Zulte Waregem dilihat terselamat daripada penyingkiran dan bakal berdepan Charleroi pada aksi terakhir liga.

Impak yang dibawa oleh Cools jelas membantu pasukan sungguhpun dikhabarkan beliau bakal pulang ke pangkuan kelab asalnya setelah tempoh pinjaman ini berakhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram