Dunia
Football Association Malaysia
Advertisements

Dion Cools yang dijangka tiba di Singapura pada hari Khamis ini akan menjadi taruhan utama Harimau Malaya di bahagian pertahanan tengah setelah beberapa pemain pertahanan tengah skuad negara dilanda kecederaan. Aksi Dion Cools pasti ditagih para peminat dalam misi wajib menang ke atas Indonesia bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam Piala AFF Suzuki.

Ketika ini, gandingan duo pertahanan tengah negara yang dibarisi oleh Shahrul Saad dan Aidil Zafuan terpaksa dikeluarkan dalam aksi bertemu Vietnam tempoh hari. Kedua-dua mereka mengalami kecederaan hamstring dalam salah satu hantaran Facebook rasmi milik FAM.

Junior Eldstal pula masih dalam proses pemulihan kecederaan otot di bahagian abdomen. Hanya seorang pemain pertahanan tengah tulen iaitu Dominic Tan yang bebas daripada sebarang kecederaan pada waktu ini.

Advertisements
dion cools 7 Dion Cools Taruhan Utama Benteng Tengah Harimau Malaya Jika Masalah Kecederaan Berpanjangan
Gambar dari Football Association Malaysia

Ini sedikit sebanyak merencatkan perancangan Harimau Malaya setelah beberapa pemain bahagian pertahanan tengah dilanda kecederaan. Namun dengan hadirnya Dion Cools, Tan Cheng Hoe mungkin menggunakan jalan alternatif lain bagi memantapkan bahagian tengah negara.

Walaupun Dion Cools merupakan pemain pertahanan kanan, versatiliti yang dimiliki beliau membolehkan Dion Cools untuk bermain dalam beberapa posisi yang berbeza seperti pertahanan tengah dan pemain tengah.

Advertisements

Malah dalam perlawanan bersama Harimau Malaya sebelum ini, Dion Cools pernah diletakkan di bahagian pertahanan tengah. Dalam 3 perlawanan menentang UAE, Vietnam dan Thailand bagi Pusingan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 yang lalu, Dion Cools pernah digandingkan bersama Aidil Zafuan sebagai pemain tengah ketika itu.

Jika Shahrul Saad dan Aidil Zafuan tidak sempat pulih sepenuhnya, gandingan Dion Cools dan Dominic Tan dijangka akan menjadi taruhan utama skuad Harimau Malaya dalam aksi bertemu Indonesia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram