AFC MA Ranking: Malaysia berisiko kehilangan slot automatik ke pentas ACL Elite selepas dipintas oleh Australia dan Vietnam.
Kedudukan Malaysia selaku pasukan ke-5 Asia Timur bagi carta negara Asia Timur telah dipintas oleh dua negara terdekat berdasarkan kemas kini laman Footy Rankings.
Hal ini susulan kekalahan wakil negara di ACLE, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor dalam saingan ACL2 telah membuka ruang buat Australia dan Vietnam memintas.
Kemenangan kelab Australia, Sydney FC ke atas Eastern dan juga wakil Vietnam, Nam Dinh berdepan Lee Man dengan keputusan 3-0 membantu tambahan mata AFC MA Ranking negara masing-masing.
Sydney dan Central Coast Mariners masing-masing telah menyumbang 8.000 dan 4.000 mata untuk membawa tanbahan 6 mata buat Australia sementara Nam Dinh membawa 9.333 mata buat Vietnam.
Australia kini berada pada kedudukan ke-5 Asia Timur dengan 33.624 mata disusuli oleh Vietnam (33.038) manakala Malaysia di tangga ke-7 dengan 32.861 mata.
Kedudukan ini menyebabkan Malaysia berisiko kehilangan slot automatik ke ACLE dengan hanya diberikan satu slot automatik ke ACL2 bagi tahun 2026/27.
JDT bagaimanapun masih memiliki baki beberapa perlawanan sementara Selangor bakal menentang wakil Filipina, DH Cebu bagi aksi terakhir kumpulan.