‘DNA’ Syamer Kutty & Matyo Meresap Ke Penang
Dunia
Penang FC
Advertisements

Pasukan Penang FC hari ini memperkenalkan senarai penuh pemain skuad bawah 23 tahun untuk musim 2023 yang bakal dibimbing bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Seramai 23 orang pemain telah diumumkan Penang dalam satu hantaran di Facebook hari ini. Mereka ini terdiri daripada 3 orang penjaga gol, 9 orang pertahanan, 14 orang pemain tengah dan 3 orang penyerang.

Dalam satu ciapan di Twitter penyokong Penang FC, Ultras Panthers memaklumkan bahawa adik kepada pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha dan Syamer Kutty Abba berada dalam skuad muda ini.

Advertisements

Ahmad Haziq merupakan adik kepada Syamer sementara Nor Shahmi Irfan pula adik kepada Norshahrul atau lebih mesra disapa Matyo.

Ahmad Haziq kini baru berusia 19 tahun dan berperanan sebagai seorang penyerang sementara Shahmi Irfan yang berusia 20 tahun bertindak sebagai seorang pemain tengah.

Haziq dan Shahmi akan berada dalam skuad kendalian Akmal Rizal bagi mengharungi saingan bawah 23 untuk musim 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram