Peluang Depan Mata Pun Tak Boleh Nak Skor, Dollah Salleh Semakin Bingung
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Liga Super 2021 sudah pun melabuhkan tirainya dengan Johor Darul Ta’zim FC menjadi juara liga buat kali ke-8 berturut-turut manakala Kedah Darul Aman FC menjadi naib juara sekaligus mengesahkan slot ke Piala AFC musim hadapan.

Namun nasib berbeza dialami oleh pasukan Sri Pahang FC yang hanya menghabiskan saingan di kedudukan ke-10 liga musim ini. Mereka ternyata beruntung kerana terselamat daripada penyingkiran selepas hanya dibezakan 2 mata sahaja dari pasukan yang tersingkir, Perak FC.

Pada perlawanan terakhir semalam, Sri Pahang tewas mengejut kepada pasukan tercorot liga, UiTM FC dengan keputusan 0-1, sekaligus menyaksikan mereka gagal mencatatkan kemenangan dalam 6 perlawanan terakhir mereka dalam saingan Liga Super.

Advertisements

Pasukan UiTM FC hanya memerlukan sepakan penalti pemain import Korea Selatan, Kwon Yong Hyun bagi menghadiahkan kekalahan ke-12 pasukan tok gajah itu musim ini.

“Dua perlawanan terakhir saya berpuas hati dengan persembahan tapi keputusan sungguh mengecewakan. Saya bagitau pemain kalau kita bermain baik tapi tak menang, tetap orang akan pertikaikan. Pada malam ini benda sama berlaku, khususnya di bahagian serangan yang mensia-siakan peluang jaringan.

“Saya tak berapa risau di bahagian pertahanan, kalau tengok 10 perlawanan terakhir kita banyak menguasai bola dan mencipta peluang, tapi itu yang saya khuatir kita tiada jaringan. Dah tak tahu macam mana cara, sampai peluang terhidang macam itu pun tak boleh nak skor. Itu yang saya bimbang di Piala Malaysia nanti.

Advertisements

“Macam saya cakap, dari segi persembahan dua perlawanan terakhir baru saya dapat gunakan kesebelasan terbaik. Selama ini ramai pemain cedera, masa lawan JDT hampir 15 pemain cedera. Bila dapat kumpulkan pemain terbaik, boleh tengok kita main cantik tapi susah nak skor.

“Saya pun dah cakap kepada pemain kena menang lawan Uitm sebagai bekalan semangat dan motivasi untuk saingan Piala Malaysia, tapi masih lagi benda tu berlaku,” kata Dollah Salleh selepas perlawanan yang dipetik dari Labola.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram