Dollah Salleh : “Malam Ini Sepatutnya Milik Pahang”
Liga Super
Arkib Makan Bola
Advertisements

Kekecewaan jelas terpancar di wajah Dollah Salleh, berikutan kekalahan 1-2 dialami pasukannya di tangan Sabah pada Selasa.

Mana tidaknya, lima minit menuju wisel penamat di Stadium Darulmakmur, Sri Pahang berada di depan menerusi tandukan Steven Rodriguez dan dalam laluan tepat mengutip tiga mata.

Namun sebaliknya berlaku, apabila Sabah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Dominic Tan pada minit ke-90 dan memastikan kemenangan dramatik menerusi ledakan Park Tae Su dua minit kemudian di masa kecederaan.

Advertisements

Dollah Salleh beranggapan ia keputusan yang ‘kejam’ buat pasukan bimbingannya.

“Kita dapat bermain dengan baik, kita menguasai perlawanan, mencipta banyak peluang tapi kita tidak manfaatkan peluang tersebut.

“Kita mendahului pada minit ke-85 tetapi lepas tu kita hilang tumpuan. Lima minit terakhir kita hilang tumpuan dan Sabah ambil kesempatan, kita tak jangka laa benda ni berlaku.

Advertisements

“Kalau tengok pada corak permainan lebih banyak memihak kepada Pahang, cuma tu laa saya terkilan sebab hari ini sepatutnya hari kita. Tapi kita sia-siakan benda yang sudah dalam genggaman kita, kita lepaskan begitu sahaja,” ujar Dollah Salleh ketika ditemui MakanBola selepas perlawanan.

Tambah beliau lagi, barisan pertahanan sudah berulang kali dinasihatkan tidak leka atau hilang tumpuan pada minit akhir, namun akhirnya kesilapan sama berulang.

“Benteng pertahanan ni bila kita tengah leading, kena lagi kuat, kena lagi fokus. Bukannya jadi lemah, kita tak agresif ketika minit akhir dan itulah menjadi punca.

Advertisements

“Kita dah banyak kali ingatkan supaya tengah kena support pertahanan, tapi kita leka. Memang dah banyak kali kita cakap benda ni, dan perbetulkan benda ni, nampaknya benda yang sama berlaku,” ujarnya.

Dengan kekalahan terbaru ini, Sri Pahang sudah tiada peluang untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga. Dengan 25 mata, mereka berada di kedudukan kelapan dengan hanya dua mata mengatasi PJ City.

Sama ada mereka kekal di kedudukan itu, atau jatuh ke tangga kesembilan akan ditentukan dalam aksi terakhir Liga Super pada Sabtu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram