Liga Super: Sabah Pamer Kebangkitan Luar Biasa Benam Sri Pahang
Dunia
Unifi
Advertisements

Misi ke pentas Asia semakin cerah buat pasukan Sabah FC selepas bangkit daripada ketinggalan untuk benam Sri Pahang 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan gol awal dan peluang terbaik buat Sabah hadir pada minit ke-14 melalui Stuart Wilkin namun rembatan deras pemain itu berjaya ditepis Mamadou Samassa di gawang Pahang.

Kerancakan perlawanan berterusan dengan mereka berpeluang untuk berada di hadapan pada minit ke-38 melalui Manuel Hidalgo namun percubaan dari luar kotak penalti pemain sayap dari Argentina itu berjaya diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat.

Advertisements

Kedudukan kekal terikat tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Pahang mula menunjukkan penguasaan perlawanan dengan barisan tengah yang dihuni Azam Azih dan Kevin Ingreso acap kali memulakan gerak serangan.

Saddil Ramdani hampir menjaringkan gol buat Sabah pada minit ke-57 melalui satu sepakan percuma menarik namun Samassa sekali lagi bertindak cemerlang menepis percubaan tersebut.

Advertisements

Selepas beberapa kali mengasak kubu Sabah, Pahang akhirnya di hadapan pada minit ke-85 selepas Steven Rodriguez menanduk masuk hantaran Baqiuddin untuk menjadikan kedudukan 1-0 memihak Pahang.

Sabah menggandakan asakan dan hasilnya Dominic Tan berjaya menyudahkan umpanan Taiki Kagayama pada minit ke-89 untuk menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Park tae-su akhirnya menjadi wira buat Sabah apabila menjaringkan gol kemenangan buat Sabah pada minit ke-92 selepas pemain import Korea Selatan itu merembat deras menewaskan Samassa.

Advertisements

Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan. Sabah akan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 15 Oktober depan dalam aksi terakhir liga manakala Pahang pula akan melayan kunjungan Negeri Sembilan juga pada 15 Oktober.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram