Dollah Salleh Ramal Lebih Ramai ‘Arif Aiman’ Bakal Muncul
MakanBola
MFL

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Dollah Salleh percaya lebih ramai pemain persis ‘Arif Aiman Hanapi’ bakal muncul dalam arena bola sepak negara.

Situasi ini boleh berlaku seandainya proses kawal selia Akademi Mokhtar Dahari (AMD) diletakkan di bawah badan induk tersebut.

Dollah percaya sekiranya perancangan ini dapat direalisasikan, ini akan memberi manfaat besar kepada Harimau Malaya untuk jangka masa panjang.

“Setakat ini, kita nampak seorang (Arif Aiman) saja. Sebenarnya ada ramai kalau tanya sayalah. Tapi yang nampak menyerlah ialah Arif Aimanlah,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

“Tapi saya percaya itu tujuan utama kita sebenarnya. Bila FAM dapat ambil alih (AMD) ini, dari segi tinjauan bakat pemain dan para jurulatih yang berpengalaman seperti bekas-bekas pemain.

“Insya Allah kita dapat mencipta lebih ramai pemain seperti Arif Aiman.”

AMD ketika ini memiliki beberapa pemegang taruh iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan FAM.

Dollah turut memaklumkan perbincangan untuk meletakkan AMD di bawah kawal selia FAM sedang berjalan.

Claim Money Packet TnG