Dollah Salleh: Yang Kita Bangga-Banggakan Jurulatih Luar, Apa Kejayaan Yang Kita Dapat
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Bekas jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh menjelaskan situasi berkenaan jurulatih luar yang selalu dipuji selama ini dilihat tidak memberi apa-apa kejayaan buat skuad Harimau Malaya.

Jurulatih Sri Pahang yang berusia 59 tahun itu menegaskan persiapan awal amat penting bagi pasukan kebangsaan kerana faktor utama kekalahan bukan disebabkan pemilihan jurulatih dalam ataupun luar negara.

Namun, Dollah dilihat kecewa dengan sesetengah pihak kerana membuat keputusan terus menukar jurulatih apabila pasukan mengalami kekalahan dan jurulatih juga perlukan ruang dan masa untuk memperbaiki setiap kesilapan yang ada dalam skuad.

Advertisements

“Bagi saya jurulatih mana sekalipun kita panggil, jurulatih luar ke yang kita bangga-banggakan selama ini apa kejayaan yang kita dapat dan yang paling penting bagi saya adalah persiapan awal,” jelasnya.

“Kita selalu mahu mendapatkan keputusan dalam kadar segera, apabila mengalami kekalahan, jurulatih juga yang dipersalahkan”

Advertisements

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan itu menyatakan bahawa semua perlu terima hakikat dengan tahap skuad negara kini di Asia Tenggara sahaja dan amat sukar untuk diubah jika situasi yang sama berlaku.

“Jika dipanggil jurulatih kelas dunia sekalipun, tidak mungkin ia mampu mengubah nasib skuad kebangsaan jika tiada persiapan awal daripada pasukan.”

Advertisements

“Kita kena terima hakikat bahawa pasukan negara belum sampai tahap yang tinggi cuma di Asia Tenggara.” katanya kepada Astro Arena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram