Dominic Akui Kurangnya Minit Permainan Buat Prestasinya Terjejas
Dunia
Dominictjj
Advertisements

Pemain pertahanan skuad kebanggsaan, Dominic Tan memberi penjelasan mengenai prestasi yang kurang memuaskan dipamerkan beliau sebelum ini adalah disebabkan banyak memanaskan bangku simpanan sahaja bersama kelab Police Tero yang berpangkalan di Liga Thailand.

Pemain berusia 24 tahun itu sedar kurang minit permainan menjadi punca sebenar beliau tidak boleh beraksi dengan baik pada perlawanan yang berintesiti tinggi seperti pasukan Vietnam tempoh hari. Beliau dikatakan kurang diberi kepercayaan untuk beraksi bersama kelabnya sebelum ini.

“Saya sekarang kat (kelab) Police Tero tak dapat berapa minit permainan yang saya ingin nak dapat,”

Advertisements

“Bukan mudah untuk saya kerana lama tak main perlawanan intensiti yang tinggi. Dah tentu minit permainan salah satu amat penting dalam bola sepak dan itu yang kekurangan buat saya,”

Mengulas lanjut, antara punca Dominic meninggalkan Police Tero musim ini adalah untuk berhijrah ke pasukan Sabah demi mendapatkan minit permainan yang cukup. Pasukan Sabah akan kekal beraksi di Liga Super musim hadapan sekaligus beliau berpeluang untuk mendapatkan pengalaman luas dan lebih bersedia untuk beraksi pada perlawanan di peringkat tertinggi selepas ini.

“Sebab itu saya pilih untuk pergi dengan Datuk Ong (Kim Swee) ke Sabah supaya saya dapatkan minit permainan,” kata Dominic kepada Harian Metro.

Advertisements

Malaysia dijadualkan bertemu Indonesia pada Ahad ini jam 8:30 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram