Dominic Tan Sedia Gagalkan Misi Hai Phong
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Menjelang aksi Piala AFC di antara Sabah FC menentang Hai Phong FC pada esok 8 November, pemain pertahanan tengah Sabah, Dominic Tan melaungkan keyakinan untuk mengutip tiga mata penuh.

Mengakui akan banyak kesilapan yang telah dilakukan pada aksi menentang lawan yang sama pada bulan lalu, Dominic percaya situasi berbeza untuk perlawanan esok apabila Sabah beraksi di rumah sendiri iaitu Stadium Likas.

“Bagi saya, sebagai pemain pertahanan, sudah pastinya kita tidak mahu dibolosi gol dalam setiap perlawanan. Hai Phong ialah satu pasukan yang bagus. Jadi, esok amat penting bagi kita mendapatkan tiga mata.

Advertisements

“Ya, sudah tentu ada masanya kita kena perbaiki kesilapan daripada perlawanan terakhir. Tapi dari segi positif, kita berjaya jaringkan dua gol (aksi menentang Hai Phong bulan lalu), satu perkara yang sukar (dilakukan). Kita ketinggalan 2-0 tapi macam saya katakan, Hai Phong satu pasukan yang bagus.

“Tapi kita bermain di tempat sendiri esok dan kita akan dapatkan tiga mata esok,” jelas Dominic dalam satu sidang media bersama Astro Arena.

Pada aksi terdahulu, Sabah tewas 2-3 kepada Hai Phong namun statistik menunjukkan perlawanan seimbang telah dihidangkan kedua-dua pasukan.

Advertisements

Kedua-dua pasukan ini mendahului kumpulan H Piala AFC dengan mengumpul mata yang sama iaitu 6 mata direkodkan selepas tiga perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram