Eropah
Advertisements

Setelah Jadon Sancho melengkapkan perpindahannya ke Manchester United, Borussia Dortmund menerima wang yang lumayan hasil daripada penjualan pemain kelahiran England itu sebanyak €85m. Tidak menunggu lama, Dortmund kini sudah menemui pengganti Sancho iaitu Donyell Malen.

Donyell Malen merupakan bekas akademi Ajax dan juga bekas pemain muda Arsenal yang berkelahiran Belanda. Pemain muda berumur 22 tahun ini mengalami peningkatan prestasi setelah meninggalkan Arsenal menyebabkan beberapa kelab besar mula tertarik dengan kemampuannya seperti Borussia Dortmund dan Liverpool.

New Project Dortmund Sudah Jumpa Pengganti Jadon Sancho
Aksi Donyell Malen sewaktu bersama Arsenal

Ketika bersama Arsenal, Malen bergelut untuk menembusi skuad utama Arsenal dan memilih untuk berpindah keluar walaupun waktu itu bakatnya sudah mula menyinar. Keputusan Arsenal melepaskan Malen mengundang kemarahan penyokong Arsenal kerana telah mengulangi kes Serge Gnabry yang kini menjadi bintang Bayern Munich.

Advertisements

Setelah Malen pulang ke negara kelahirannya dan memilih untuk beraksi bersama kelab PSV Eindhoven, beliau berjaya meraih kesebelasan utama dan telah menjaringkan 40 gol liga dan melakukan 18 bantuan jaringan dalam 81 penampilan sepanjang 4 musim di PSV. Sebuah rekod yang baik buat pemain yang bau menginjak usia 22 tahun ini.

Malah Donyell Malen juga turut bermain untuk skuad kebangsaan Belanda di EURO 2020 dan melakukan 2 bantuan jaringan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung sebelum Belanda tersingkir.

Perpindahannya ke Dortmund kini dalam peringkat akhir

Donyell Malen beraksi di posisi centre forward di PSV dan juga mampu beraksi di bahagian sayap kiri. Para media bola sepak antarabangsa kini menggelar Malen sebagai pengganti Jadon Sancho di Dortmund. Namun apa yang menarik ialah Sancho beraksi di bahagian sayap kanan sewaktu di Dortmund sedangkan Malen lebih kerap digunakan sebagai penyerang tengah di PSV.

Advertisements

Sesuatu yang menarik untuk melihat adakah Dortmund akan mengubah taktikal mereka dengan menggandingkan Donyell Malen bersama Erling Haaland ataupun melatih Malen untuk beraksi diposisi baharu iaitu sayap kanan.

Perpindahan Malen ke Dortmund dikhabarkan sudah mencapai kata sepakat antara kedua-dua belah pihak dan kini hanya menunggu kertas kerja sebelum pengumuman rasmi dibuat. Donyell Malen bakal menyertai Dortmund dengan tag harga €30m. Sekiranya perpindahan Donyell Malen sudah rasmi, Arsenal bakal menerima bonus hasil jualan pemain itu dimana Dortmund perlu membayar 1% daripada yuran perpindahan kepada Arsenal.

Akhir sekali, perpindahan Malen ke Dortmund adalah sesuatu yang menguntungkan kedua-dua pihak. Donyell Malen dapat beraksi di pentas Liga Juara-Juara dan Dortmund menemui penyerang muda baru dengan harga yang berpatutan.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=0Tw7DGgWj9U
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram