DPMM FC semakin menggiatkan usaha menambah baik kualiti pasukan itu untuk musim 2026/27.
Ini kerana pengurusan DPMM memaklumkan mereka kini memburu lima pemain dari lima pasukan berbeza. Meskipun identiti mereka tidak didedahkan, kelima-lima pemain mewakili Selangor FC, Kuching City FC, Sabah FC, Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dan Terengganu FC.
Satu nama yang berpotensi menyertai kelab yang berpangkalan di Brunei itu ialah penjaga gol Melaka FC, Samuel Somerville.
Selepas tamat tempoh pinjaman, DPMM berminat mendapatkan penjaga gol Selangor berusia 31 tahun itu. Kelab melihat beliau sebagai pemain yang boleh bersaing dengan penjaga gol pasukan itu, Haimie Nyaring.
Sepanjang bersama Melaka, Somerville merekodkan 10 penampilan, dibolosi 14 kali dan merekodkan dua perlawanan tanpa bolos. Selain bekas penjaga gol Penang FC itu, DPMM juga berminat mendapatkan Nick Swirad.
Swirad dianggap antara figura utama yang membantu Imigresen FC menduduki kelompok enam pasukan teratas Liga Super musim ini. Beliau merekodkan 11 penampilan selepas menyertai The Mighty Tigers pada separuh kedua musim.
DPMM juga dalam proses mendapatkan tonggak Ghana, Ebenezer Abban dan penyerang Arema FC, Dalberto Luan.