Drama Pemain No. 11 Vietnam Jadikan Dua Pemain Malaysia Mangsa
Harimau Malaya
FA MALAYSIA
Advertisements

Drama yang ditunjukkan oleh pemain berjersi 11 Vietnam telah menghukum skuad muda Malaysia apabila ditunjukkan jalan keluar dari kejohanan sukan SEA.

Kemasukan pemain gantian negara, Safwan Mazlan menjadi mangsa pertama lakonan beliau apabila hadangan yang dilakukan oleh pemain negara terhadapnya bertukar tragedi.

Malaysia bermula dengan cukup baik pada babak kedua dengan tekanan secara konsisten diberikan terhadap barisan pertahanan Vietnam.

Advertisements

Tindakan susulan Safwan diberi reaksi yang cukup untuk menghukum pemain muda Terengganu itu apabila beliau dilayangkan kad merah tidak sampai 10 minit beraksi.

Skuad muda negara terus menggandakan usaha bagi mendapatkan jaringan penyamaan setelah beberapa kali hampir memperoleh gol kedua

Advertisements

Kehilangan seorang pemain jelas mengganggu rentak permainan anak didik E. Elavarasan apabila helah pemain yang sama telah menyebabkan Malaysia beraksi dengan 9 pemain.

Tindakan pemain JDT, Najmuddin Akmal yang membuat halangan terhadap pemain tersebut iaitu Nguyen Thanh Nhan menyebabkan Malaysia terus tempang.

Advertisements

Usaha minit akhir jelas menjadi lebih sukar akibat terpaksa bertahan bagi memastikan gawang gol negara tidak lagi dibolosi.

Keputusan akhir menyaksikan Malaysia tewas dengan keputusan 2-1 sekaligus tersingkir awal pada kejohanan kali ini.

Advertisements


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram