Advertisement
Dua Bekas Pemain Eropah Jadi ‘Masalah’ Dion Cools Ke Asia
Asia Tenggara
MakanBola
Buriram United

Pertahanan kental Buriram United FC, Dion Cools berdepan persaingan sengit untuk mengekalkan posisinya bagi memastikan tugasnya ke pentas Asia terjamin.

Pemain berusia 27 tahun beraksi dengan cemerlang buat pasukannya di sana dan membantu mereka untuk menjuarai tiga trofi pada musim lalu.

Khidmat beliau bagaimanapun menerima tentangan yang cukup hebat apabila Buriram memutuskan untuk membawa masuk dua muka baharu pada posisi pertahanan dengan profil yang cukup hebat.

Pemain yang dimaksudkan ialah pertahanan muda Thailand, Leon James yang menyertai pasukan dari Nongbua Pitchaya.

Bintang muda berusia 22 tahun itu pernah beraksi buat pasukan muda Leicester City tatkala kemasukannya bertujuan untuk memantapkan lagi skuad untuk ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Pemain kedua merupakan bekas pertahanan pasukan kebangsaan Korea Selatan, Kim Min-Hyeok yang tidak memiliki kelab selepas kali terakhir beraksi buat Seongnam FC.

Beliau memiliki pengalaman yang cukup luas selain pernah beraksi buat pasukan bawah 23 tahun Korea Selatan.

Bekas tonggak Hamburg bawah 17 tahun itu pernah membantu Korea Selatan di Kelayakan Piala Dunia 2018 namun hanya berada di bangku simpanan.

Perkara ini memberi cabaran baharu kepada Cools untuk terus bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama Buriram United terutamanya untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Ini juga bagi memastikan Cools terus bersedia dalam keadaan terbaik untuk membantu Malaysia tatkala Piala Asia akan berlangsung kurang 6 bulan dari sekarang.