Dua Bintang Indonesia Tidak Tersenarai Ke Piala AFF
MakanBola
PSSI

Dua bintang Indonesia tersebut ialah Sandy Walsh dan Elkan Baggott antara pemain penting yang tidak akan beraksi di Piala AFF 2022.

Sandy Walsh yang baharu sahaja mendapat kerakyatan dikhabarkan tidak dapat memperkuat pasukan Indonesia kerana tidak mendapat pelepasan daripada kelabnya, KV Mechelen yang beraksi di Liga Belgia.

Sebelum ini, pemain kacukan Belanda-Indonesia itu menyertai kem latihan di Bali. Namun, atas permintaan kelab beliau terpaksa pulang ke Belgium untuk berlatih bersama kelab.

Ad

Ini kerana Liga Belgia bagi musim 2022/23 akan bersambung pada 24 Disember ini. Tambahan pula, Piala AFF ini tiada dalam kalendar FIFA.

Ad

Seorang lagi pemain pertahanan Indonesia, Elkan Baggott pula difahamkan membuat keputusan untuk tidak sertai kerana mahu membantu kelabnya, Gillingham untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Meskipun jurulatih Gillingham FC sudah memberi pelepasan buatnya, Elkan Baggott tetap dengan pendiriannya untuk komited membantu kelab.

Ad
Ad

Walaubagaimanapun, jika Elkan perkuat Indonesia di Piala AFF kali ini beliau mungkin terlepas peluang untuk beraksi di Carabao Cup menentang Wolves dan pusingan ketiga Piala FA menentang Leicester City.

Ad