Dua Kali Rampas Jersi Nombor Satu, Azri Ghani Kini Bersama Kuala Lumpur City FC
Dunia
FAM
Advertisements

Baru berusia 22 tahun namun semangat yang dimiliki Azri Ghani ternyata wajar dicontohi. Perpindahan ke Kuala Lumpur City FC (KL City) pastinya menjelmakan cabaran berbeza dalam karier beliau.

Azri yang juga merupakan anggota skuad kebangsaan melalui karier yang sangat mencabar. Beliau memulakan karier profesional bersama Felda United namun tiada penampilan direkodkan bersama kelab tersebut.

Kedah FA menjadi destinasi buat pemain ini untuk musim 2020. Beliau bermula hanya menjadi pemain simpanan namun dalam 3 perlawanan terakhir Liga Super, beliau berjaya merampas kedudukan sebagai penjaga gol utama pasukan Kedah dan beliau mempamerkan aksi yang sangat matang dan konsisten.

Advertisements

Selepas prestasi yang baik dipamerkan oleh Azri ketika bersama Kedah, Azri membuat keputusan untuk mencari angin baru dalam karier dengan menyertai pasukan Perak FC. Di Perak, beliau juga bermula sebagai penjaga gol simpanan dan Hafizul Hakim menjadi pilihan utama ketika itu.

Kecederaan yang menimpa Hafizul Hakim membolehkan Azri merampas kedudukan sebagai penjaga gol utama Perak dan kekal menjadi pilihan utama sehingga tamat saingan liga. Dalam saingan Piala Malaysia, Azri sempat beraksi dua perlawanan sebelum dipanggil mewakili skuad B-23 kebangsaan untuk Kelayakan Piala Asia Bawah 23.

Lebih menarik, Azri cemerlang beraksi untuk skuad bawah 23 kebangsaan selepas beliau tidak dibolosi dalam 3 perlawanan yang dilalui sekaligus membantu skuad kendalian Brad Maloney layak ke Kejohanan Piala Asia B-23 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun tahun ini.

Advertisements

Untuk musim baru 2022, Azri sekali lagi membuat keputusan untuk berhijrah. Beliau meninggalkan Perak FC untuk beraksi bersama juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC. Namun pastinya cabaran kali ini lebih berat.

Azri bakal bersaing dengan penjaga gol import dari Filipina, Kevin Ray Mendoza. Kevin pastinya akan dikenang sebagai antara penjaga gol terbaik yang pernah dimiliki oleh KL City selepas aksi memukau musim lepas. Persaingan sihat dijangkjaakan berlaku antara kedua-dua penjaga gol ini untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Mampukah Azri Ghani merampas sekali lagi tempat penjaga gol utama pasukan selepas berjaya melakukannya dua kali sebelum ini? Sama-sama kita nantikannya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram