Advertising
Dua Kelab Berebut Manuel Hidalgo
Transfer
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Dua kelab liga Malaysia kini dilaporkan ‘berebut’ ingin mendapatkan khidmat pemain sayap, Manuel Hidalgo.

Menurut wartawan sukan, T. Avineshwaran melaporkan bekas kelabnya, Sri Pahang ingin membawa masuk kembali Hidalgo manakala Kedah turut mahu mengekalkan khidmat Hidalgo.

Ad

Hidalgo mengharungi musim yang cemerlang bersama Kedah apabila merekodkan 3 gol dan 10 bantuan jaringan liga buat Kedah.

Ad

Sebelum bersama Kedah, Hidalgo sempat bermain bersama Sri Pahang selama 2 musim dan tahun 2022 antara musim terbaiknya bersama Sri Pahang apabila mencatat 7 gol dan 11 bantuan jaringan dalam semua pertandingan.

Pemain sayap berusia 24 tahun ini sudah beraksi di liga Malaysia sejak tahun 2021 dan turut pernah dikaitkan sebagai calon pemain naturalisasi Malaysia yang seterusnya.

Ad
Manuel Hidalgo Kedah KDA FC Dua Kelab Berebut Manuel Hidalgo
Kedah Darul Aman FC

Hidalgo yang dominan menggunakan kaki kiri cemerlang bermain sebagai pemain sayap kanan namun beliau turut mampu bermain selaku pemain tengah menyerang.

Ad

Hidalgo sebelum ini turut sempat bermain di eropah buat pasukan bawah 19 tahun Benfica dan juga bawah 21 tahun Sheffield Wednesday.

Ad

Pemain sayap ini pernah menolak tawaran untuk menyertai kelab gergasi Indonesia yang dibimbing oleh Bojan Hodak, Persib Bandung.

Kedah menamatkan saingan liga ditangga ke-4 setelah mengutip 53 mata dimana anak buah kendalian Nafuzi Zain ini mencatatkan 17 kemenangan, 2 seri dan 7 kekalahan.