Dua Lagi Kelab Malaysia Berpotensi Ke Asia
Asia
Sabah FC
Advertisements

Khabar baru buat kelab di Liga Super Malaysia apabila berpotensi untuk beraksi di Asia bagi saingan musim ini.

Menerusi satu kenyataan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), terdapat cadangan untuk melihat lebih banyak kelab Malaysia melakukan kemunculan di Asia.

Ketika ini, Malaysia sudah mengesahkan dua slot bagi kelab di pentas Asia iaitu juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC.

Advertisements

Skuad Harimau Selatan akan beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala The Red Giants di ACL2.

Menerusi makluman oleh MFL, pihaknya telah mencalonkan dua kelab kepada FAM untuk mengisi kejohanan peringkat ketiga di Asia itu.

Advertisements

“Berdasarkan pengumuman mengenai Kejohanan Kelab ASEAN yang dijadualkan bermula tahun ini, MFL telah mencalonkan kepada AFF melalui FAM agar kelab yang menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga ke-3 dan ke-4 iaitu Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC untuk beraksi di ASEAN Club Championship (ACC) 2024.”

“Walau bagaimanapun, MFL masih belum menerima maklum balas AFF mengenai cadangan ini,” ujar MFL.

Advertisements

Menurut kuota pembahagian slot oleh AFC, kelab Malaysia hanya ditawarkan satu slot automatik ke ACLE dan satu slot automatik ke ACL2.

Satu lagi pengumuman penting menyaksikan MFL meningkatkan jumlah kuota pemain import bagi kelab Malaysia yang membawa cabaram negara ke Asia kepada 10 orang pemain import.

Advertisements

“Meskipun AFC dijangka akan mengumumkan peraturan pemain asing tanpa had untuk pertandingan kelab AFC, MFL membuat keputusan tidak akan mengikut kuota tersebut sebaliknya, MFL mengekalkan kuota sembilan (9) pemain import dalam pendaftaran bagi musim 2024-2025.”

“Hanya pasukan-pasukan yang bersaing di pertandingan AFC iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) dan ACL 2 serta pertandingan kelab ASEAN (AFF) dibenarkan mendatar tambahan satu (1) pemain import.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram