Dua Lagi Pemain Minta Pelepasan, Harimau Malaya Mulakan Latihan Dengan 17 Pemain
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Baru hari pertama kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula, Harimau Malaya sudahpun menerima tamparan apabila terpaksa melupakan kelibat dua lagi pemain sebagai persiapan untuk mengharungi Piala AFF Mitsubishi Eletric 2022.

Ini berikutan Akram Mahinan dan Declan Lambert masing-masing telah meminta pelepasan kerana urusan peribadi, sepertimana dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman menyatakan badan induk itu telah menerima surat daripada majikan mereka iaitu KL City FC memaklumkan perkaraan berkenaan.

Advertisements

“Dengan ketiadaan Akram dan Declan, skuad Harimau Malaya akan meneruskan kem latihan pusat kali ini dengan baki 28 pemain lain.

“Seramai 17 pemain telah melapor diri, hari ini (Selasa) manakala baki 11 pemain akan menyertai pasukan secara berperingkat iaitu tujuh pemain Selangor FC dan dua pemain JDT pada 5 Disember 2022; penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim pada 6 Disember 2022 selepas selesai kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan dan pemain FK Jablonec, Dion Cools pada 16 Disember 2022,” menurut Noor Azman.

Sebelum ini, Harimau Malaya telahpun kehilangan 12 pemain utama; 11 daripadanya pemain JDT termasuklah Arif Aiman, Corbin Ong, Matthew Davies dan Shahrul Saad yang tidak mendapat pelepasan kelab kerana kem latihan kali ini berlangsung di luar kalendar FIFA manakala Nor Azam Azih (Sri Pahang) pula kerana komitmen keluarga.

Advertisements

Skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon akan menentang Kemboja dan Maldives dalam aksi persahabatan antarabangsa bulan depan, sebelum senarai akhir 23 pemain untuk Piala AFF dimuktamadkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram