Dua Lawan Handal Menanti Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Dua perlawanan berintensiti tinggi menanti Harimau Malaya bagi tahun 2026.

Pasukan kendalian Peter Cklamovski masih belum memulakan sebarang perlawanan tahun ini.

Malaysia bagaimanapun cemerlang menduduki tangga teratas Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 dengan 15 mata hasil lima kemenangan.

 Penentuan bagi slot ke pentas Piala Asia 2027 Arab Saudi bakal terjawab dengan Malaysia bakal berkunjung ke Stadium Thien Thruong, Nam Dinh bagi berdepan Vietnam pada 31 Mac 2026.

Rekod terakhir menyaksikan Harimau Malaya berjaya menundukkan skuad Bintang Pahlawan Emas pada 10 Jun 2025 dengan keputusan 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Seterusnya, Harimau Malaya bakal beraksi di ASEAN Hyundai Cup 2026 dengan empat pasukan menanti bagi kejohanan yang bermula pada 25 Julai 2026 itu nanti.

Lawan terbesar pasukan kebangsaan adalah menentang Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan B pada Sabtu, 1 Ogos 2026.

Status skuad semasa Malaysia masih belum terjawab dengan tujuh pemain warisan Harimau Malaya masih menanti keputusan daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada 26 Februari ini.