Penantian 10 Hari Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Penantian selama 10 hari buat skuad kebangsaan Harimau Malaya telah bermula.

Pasukan bimbingan Peter Cklamovski cemerlang menduduki tangga teratas Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Skuad kebangsaan bagaimanapun telah kehilangan khidmat tujuh pemain warisan negara susulan kes melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak September 2025.

Situasi semasa kini menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk mengetahui nasib pemain ini.

“FAM ingin memaklumkan bahawa Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport – CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain pasukan kebangsaan iaitu Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.

“Keputusan ini bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh FIFA terhadap tujuh pemain Harimau Malaya tersebut ditangguhkan buat sementara waktu.

“Mereka dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat,” ujar kenyataan FAM.

CAS dalam satu perkembangan memaklumkan bahawa bahawa kes melibatkan tujuh pemain Harimau Malaya ini akan dibicarakan di Ibu Pejabat CAS di Lausanne pada 26 Februari 2026 – kurang 10 hari daripada tanggal hari ini, Selasa, 17 Februari 2026.