Advertising
Dua Misi Besar Fandi Ahmad & Sri Pahang Berdepan Selangor
MakanBola
Sri Pahang FC

Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad membawa dua misi besar menjelang aksi Liga Super menentang Selangor FC.

Meskipun Tok Gajah berjaya layak ke final Unifi Piala Malaysia 2024/25, kedudukan semasa pasukan itu dalam liga kurang memuaskan.

Ad

Ini kerana Sri Pahang kini berada di tangga ke-11 dengan 16 mata. Pasukan itu hanya mengumpul tiga kemenangan, tujuh seri dan enam kekalahan.

Ad

Justeru, Fandi berharap aksi menentang The Red Giants sebagai pencetus momentum buat Sri Pahang memperbaiki kedudukan mereka dalam liga.

“Yang paling penting, kita nak menang. Kita nak menang kerana dalam liga, prestasi kita kurang baik,” katanya kepada Nadi Bola.

Ad

“Mudah-mudahan setelah ada perubahan dalam Piala Malaysia, kita mungkin dapat bangkit dan dapat kemenangan.”

Ad

Sri Pahang bakal beraksi tanpa kelibat pemain tengah kebangsaan, Sergio Aguero. Ini kerana Aguero perlu menjalani penggantungan dua perlawanan selepas mengutip enam kad kuning.

Ad

Tok Gajah bakal berdepan The Red Giants di Stadium MBPJ pada 8 Februari. Sri Pahang berharap dapat mengulangi kejayaan menewaskan tuan rumah 2-1 dalam saingan Unifi Piala Malaysia.