Aksi pusingan kedua Piala Malaysia 2024 menyaksikan Sri Pahang berjaya menyingkirkan Selangor FC.
Perlawanan yang berlangsung dengan begitu hangat di Stadium MBPJ menyaksikan Gergasi Merah turun tanpa penyerang utama, Ronnie Fernandez.
Sri Pahang seakan lebih selesa beraksi di kandang lawan apabila mengatur gerakan balas pantas beberapa kali.
Percubaan peledak berbisa, Kpah Sherman berjaya menguji gawang gol Azim Al-Amin dengan beberapa gerakan menarik hampir menghukum Selangor lebih awal.
Wajah resah mula muncul dalam kalangan pemain Selangor selepas kealpaan Harith Haiqal memberikan sepakan penalti kepada Tok Gajah yang mudah disempurnakan oleh Manuel Hidalgo pada minit ke-25.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.
Bersambung babak kedua, tuan rumah tampil dengan beberapa gerakan menarik, hantaran pendek dan juga percubaan untuk menjaringkan gol penyamaan.
Penantian Selangor akhirnya ditamatkan oleh Safuwan Baharudin apabila beliau menanduk masuk jaringan penyamaan pada minit ke-77.
Tuan ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu cukup untuk menggambarkan nasib Selangor apabila penalti kedua Sri Pahang oleh Sergio Aguero memastikan Selangor terus berduka.
Tambahan masa 6 minit tidak cukup untuk membantu Selangor sekaligus memastikan kelebihan terus menjadi milik Sri Pahang.
Perak menanti Sri Pahang pada aksi suku akhir yang dijadualkan bermula pertengahan Disember ini.