Dua Pasukan Mampu Halang Hasrat Selangor Di Liga Super
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Kedudukan Selangor FC di tempat kedua Liga Super ketika ini boleh tergugat sekiranya Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman (FC) konsisten memberi cabaran kepada mereka sehingga akhir musim.

Pandangan ini dilontarkan oleh dua bekas penyerang negara dan Selangor FC, Datuk Zainal Abidin Hassan dan Nizaruddin Yusof.

Nizaruddin melihat tiga pasukan ini akan bersaing sengit bagi merebut slot terakhir kelayakan ke Piala AFC musim hadapan.

Advertisements

“Top 3, top 4 (yang membuat) tambahan pemain kepada pasukan tak kira bahagian mana striker, defender atau bahagian tengah, pasukan-pasukan yang membuat gerakan bagus dalam penambahan baik kepada pasukan especially strike force yang akan boleh (merebut kedudukan kedua).

“Tapi saya percaya jugalah dan yakin bahawa Sri Pahang FC mampu duduk di situlah. Saya berharap pasukan Selangor (dan) Kedah mampu bersaing sesama sendiri bagi menentukan siapa paling layak,” katanya semasa menjadi panel perlawanan Sri Pahang FC-Perak FC semalam.

Pandangan Nizaruddin turut dipersetujui Zainal Abidin. Dan beliau merasakan dengan membandingkan ketiga-tiga pasukan itu, Sri Pahang FC mempunyai peluang cerah merampas kedudukan kedua daripada Merah Kuning.

Advertisements

Good defence, you upgrade strike force, team kau akan menyerlah. Jadi, bagi saya di sini, saya nampak Sri Pahang masih lagi (berpeluang). Cuma just nak click the matter, persefahaman, finish (off) their offensive.

“Macam saya cakap team to watch Sri Pahang. Macam hari ini, kita boleh nampak lagi kalaupun Fandi (Ahmad) kurang senang tetapi tak dibolosi, berapa game Pahang tak dibolosi. Saya rasa yang kurang antara Pahang dengan pasukan atas ialah gol.

“Tapi sikit lagi formula yang masuk dalam Sri Pahang, saya rasa kita akan ada (pasukan) yang paling banyak improve. Antara tiga itu, saya pilih Sri Pahang,” ujarnya.

Advertisements

Selepas tewas 2-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) FC pada Sabtu lepas, Selangor FC kekal di tangga kedua dengan 40 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram