Dua Pasukan Tercorot Liga Super Bakal Terima Padah
Liga Super
Azri / MakanBola
Advertisements

Dua pasukan yang menduduki tangga tercorot Liga Super musim ini berdepan risiko tersingkir ke Liga M3 musim hadapan.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam.

Sekiranya itu berlaku, juara Liga M3 akan layak secara automatik dengan naib juara liga bakal berdepan pasukan kedua tercorot Liga Super dalam perlawanan penentuan play-off.

Advertisements

Begitupun, Stuart mengingatkan hal ini tertakluk kepada pelesenan kelab-kelab yang terbabit di mana kelulusan lesen diberi oleh MFL.

“Satu slot penyingkiran dan satu ‘play-off’. Bagi pasukan Liga Super, pasukan tercorot akan tersingkir secara automatik sementara pasukan kedua tercorot akan mengharungi ‘play-off’ dengan naib juara Liga M3.

“Tetapi semua ini tetap bergantung jika juara dan naib juara Liga M3 mendapat lesen kelab dari MFL,” katanya kepada Berita Harian.

Advertisements

Ketika ini, empat pasukan menghuni kelompok tercorot liga iaitu Perak FC, Kuching City FC, Kelantan United FC dan Kelantan FC.

Daripada empat pasukan ini, Kuching City FC, Kelantan United FC dan Kelantan FC mempunyai kutipan mata yang rendah dan sukar mencari kemenangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram