Selepas Luqman Hakim disahkan menyertai Yokohama SCC yang beraksi di Liga J3, kini dua pemain Thailand menyusul dengan turut menyertai kelab Liga J3, Nara Club.
Dua pemain yang dimaksudkan adalah penyerang muda BG Pathum United, Patrik Gustafsson dan juga penjaga gol BG Pathum United, Kiatphon Udom.
Perpindahan kedua-dua pemain ini disahkan sendiri oleh BG Pathum melalui satu hantaran di laman sosial X rasmi pasukan.
“Patrik & Kiadtiphon bersedia untuk berpindah secara pinjaman ke Kelab Nara dalam Liga J3. Patrik Gustafsson mewakili BG Pathum United dalam setiap pertandingan. Dalam 13 perlawanan, dia menjaringkan 2 gol dan dipanggil ke pasukan kebangsaan Thailand (Bawah 23).
“Bagi Kiatphon, dia telah menjadi pemain belia di AKADEMI BGPU sejak dia berumur 16 tahun, setelah membuat penampilan sulung penuh dalam bola sepak “Piala Coke” ke-21,” umum BG Pathum di laman web rasmi pasukan.
Untuk rekod, Nara Club merupakan pasukan yang menamatkan saingan Liga J3 di kedudukan ke-5 untuk tiga musim terdahulu.
Kedua-dua pemain ini dijangka bakal menjadi saingan buat Luqman Hakim dan pasukan Yokohama SCC yang mana akan sama-sama beraksi di dalam saingan Liga J3 musim ini.