Dua slot bagi aksi persahabatan Malaysia bagi kalendar FIFA bulan Oktober dan November masih lagi terbuka.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan bahawa bakal mengadakan aksi persahabatan menentang pasukan ke-126 dunia, India pada 19 November 2024.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente masih segar dengan kejayaan menjulang Pestabola Merdeka 2024 sebelum ini telah dimaklumkan bakal berdepan New Zealand bagi aksi persahabatan bulan Oktober.
Malaysia masih mengekalkan rekod cemerlang 100 peratus di bawah kendalian pengendali Sepanyol itu namun berpeluang mengatur 4 lagi aksi persahabatan bulan Oktober dan November.
FAM juga telah memaklumkan sedang berusaha untuk mencari dua lagi lawan dengan salah satunya juga pasukan dari Ocenia sebelum menentang New Zealand.
Tambahan pungutan mata buat skuad negara untuk memperbaiki kedudukan di tangga ke-132 dunia ketika ini menjelang undian Kelayakan Piala Asia 2027 pada bulan Disember ini.
Aksi yang diharungi ini juga penting buat Pau Marti dalam misi untuk membuktikan kemampuannya membimbing skuad negara ke tahap yang lebih baik.