E. Elavarasan Anggap Keadaan Cuaca Sukarkan Misi Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Semua sedia maklum dengan kekalahan 2-1 Malaysia di tangan Vietnam dalam perlawanan Kumpulan B semalam, maka berakhir sudah cabaran Harimau Muda dalam Sukan SEA 2023. Bagi jurulatih skuad B-22 negara, E. Elavarasan, keadaan cuaca menyukarkan mereka mencapai misi menewaskan skuad Naga Emas.

Hujan lebat mula melanda Stadium Visakha, Phnom Penh semasa separuh masa kedua perlawanan Kumpulan B membabitkan Thailand dan Laos. Ini mengakibatkan kedua-dua pasukan berdepan masalah beraksi di atas padang yang berair.

Masalah sama turut dihadapi Vietnam dan Malaysia bila beraksi di Stadium Visakha beberapa jam selepas itu. Situasi Harimau Muda tidak dibantu dengan beberapa keputusan pengadil yang kurang memuaskan termasuk sepakan penalti yang diambil Nguyen Van Tung pada minit ketujuh.

Advertisements

“Sukar untuk memulakan perlawanan dengan cuaca sebegitu rupa,” katanya kepada Zing News dalam sidang media pasca perlawanan Vietnam-Malaysia semalam.

Di sebalik kekalahan tersebut, Elavarasan percaya bola sepak negara berada pada landasan tepat untuk menjadi pasukan terbaik Asia Tenggara setanding dengan Vietnam dan Thailand. Tetapi untuk memastikan itu berlaku, mentaliti kemenangan perlu menjadi keutamaan bagi meraih pencapaian di peringkat antarabangsa termasuk di Asia Tenggara.

Advertisements

“Saya pernah ke Vietnam. Saya tahu bola sepak anda terkenal di Asia Tenggara dan antara pasukan terbaik selain Thailand. Saya fikir bola sepak Malaysia juga bagus dan berada pada landasan tepat untuk menjadi pasukan terbaik. Tetapi seperti yang kita lihat, keputusan dan pencapaian menjadi penentu perbezaan,” tambahnya.

Malaysia bakal turun pada 11 Mei ini menentang negara jiran Singapura. Walaupun ia sekadar pelengkap jadual, anak-anak buah Elavarasan tahu ini peluang untuk menebus maruah dan menamatkan kempen Sukan SEA 2023 dengan noktah kemenangan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram