Ed Sheeran ‘Mengalah’, Stadium Gelora Bung Karno Bakal Jadi Venue Aksi Indonesia & Vietnam
Asia Tenggara
Teddysphotos/Timnas Indonesia
Advertisements

Penyokong Indonesia kini menghela nafas lega terima kasih kepada perubahan yang dibuat promoter konsert penyanyi British terkenal, Ed Sheeran.

Voice of Indonesia melaporkan konsert jelajah penyanyi itu yang sepatutnya diadakan di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) pada 2 Mac ini kini ditukar lokasinya ke Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS).

Keputusan ini dibuat oleh promoter konsert, AEG Presents Asia, PK Entertainment dan Sound Rhythm selepas mengambil kira pandangan semua pemegang taruh termasuk penyokong.

Advertisements

“Kami sedar betapa pentingnya perlawanan bola sepak kebangsaan Indonesia terutama apabila Indonesia menjadi tuan rumah. Sokongan kami selaras dengan matlamat kerajaan untuk memajukan sukan negara.

“Kami juga percaya JIS sebagai stadium bola sepak antarabangsa terbesar di Indonesia mampu memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat Ed Sheeran.

“Pasukan kami kini bekerjasama dengan JIS secara intensif untuk memastikan pengalaman konsert yang lancar dan menyenangkan untuk semua peminat di Jakarta,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PK Entertainment, Harry Sudarma dalam satu kenyataan.

Advertisements

Perubahan ini dijangka membantu Tim Garuda yang dibimbing Shin Tae-yong bila turun menentang Vietnam di GBK untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada 21 Mac ini.

Ini disusuli aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada 26 Mac ini. Indonesia memerlukan kemenangan jika ingin menghidupkan peluang layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Ketika ini, mereka di tangga keempat Kumpulan F dengan satu mata di belakang Filipina. Sementara Iraq dan Vietnam masing-masing di tempat pertama dan kedua dengan enam dan tiga mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram