Eden Hazard Beri Bayangan Mahu Bersara
Eropah
Instagram/Eden Hazard
Advertisements

Bekas pemain Chelsea, Eden Hazard memberi bayangan mahu bersara dari arena bola sepak selepas tidak mendapat pasukan baru dalam tetingkap perpindahan yang lepas.

Hazard sebelum ini menyertai Real Madrid dengan perpindahan bernilai £89 juta (RM518 juta) tetapi hanya merekodkan 76 penampilan dalam empat musim akibat masalah kecederaan.

Susulan itu, Los Blancos memilih untuk melepaskan beliau pada akhir musim lepas. Biarpun dikaitkan dengan banyak kelab dalam tetingkap perpindahan musim panas lepas, perpindahan yang dicanang untuk Hazard tidak berlaku.

Advertisements

Dan kini, berdasarkan satu dokumentari pasukan Belgium yang bertajuk ‘Believe’ mendedahkan bekas pemain sayap Lille itu melihat persaraan sebagai langkah seterusnya.

“Sudah tiba masanya untuk menikmati kehidupan dengan minum beberapa bir,” katanya secara berkias dalam episod dokumentari berkenaan seperti dilaporkan Daily Mail. Selain Hazard, ‘Believe’ turut memaparkan kisah kehidupan pemain Belgium lain seperti Jan Vertonghen dan Amadou Onana.

Semasa di Stamford Bridge, Hazard mencatat 352 penampilan, 110 gol dan 92 bantuan gol. Selain pernah bergelar juara EPL sebanyak dua kali dengan Chelsea, beliau juga pernah membantu Real Madrid menjulang dua gelaran juara La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Advertisements

Hazard sebelum ini mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa selepas Belgium tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2022. Dan kini, pilihan sama bakal diambilnya untuk karier di peringkat kelab.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram