Real Madrid Tamatkan Kontrak Eden Hazard
Dunia
Realmadrid
Advertisements

Pasukan gergasi Eropah, Real Madrid telah mengumumkan perpisahan dengan bintang Belgium, Eden Hazard secara rasmi sebentar tadi. 

Menurut kenyataan daripada Real Madrid, pemain berusia 32 tahun itu telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya dengan lebih awal pada 30 Jun 2023 ini.

Mengikut kontrak asalnya, beliau mempunyai baki lagi satu tahun bersama Real Madrid iaitu sehingga Jun 2024. Namun, ditamatkan dengan lebih awal.

Advertisements

“Real Madrid C.F. dan Eden Hazard telah mencapai persetujuan di mana pemain itu akan ditamatkan kontrak secara serta merta pada 30 Jun 2023.

“Real Madrid mahu mengucapkan semoga maju jaya kepada Eden Hazard dan mendoakan agar beliau dan semua keluarganya berjaya dalam peringkat baharu nanti.

Bekas bintang Chelsea ini menyertai Real Madrid pada bulan Jun 2019, beliau hanya beraksi sebanyak 54 perlawanan bagi kesemua kejohanan sehingga kini. 

Advertisements

Ekoran kecederaan yang sentiasa menghantuinya ketika di sana, beliau jarang diturunkan dalam kesebelasan utama dan sejak daripada itu beliau hanya banyak memanaskan bangku simpanan.

Bersama Real Madrid, Eden Hazard telah memenangi 8 gelaran antaranya ialah Piala Eropah, Piala Dunia Kelab, Piala Super Eropah, La Liga, Copa del Rey dan 2 Piala Super Sepanyol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram